Skip to main content

Selamat datang ke

laman web Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti

JADUAL BAS

KI : Kampus Induk
KT : Kampus Teknologi
KSU : Kompleks Sukan UTeM
EP : Emerald Park
PLH : Perpustakaan Laman Hikmah
KDK : Kompleks Dewan Kuliah
AL : Kolej Kediaman Al-Jazari

JADUAL BAS KE KAMPUS TEKNOLOGI

JADUAL BAS "HOP ON CAMPUS"

JADUAL WAKTU AKTIVITI LUAR (LOKASI MENURUNKAN & MENGAMBIL PELAJAR DI EMERALD PARK)

    Bahagian Pentadbiran

    Bahagian ini berperanan sebagai badan penyelaras pusat bagi pengurusan operasi kenderaan universiti yang menyeluruh, bersistematik, dan berteraskan integriti. Tanggungjawabnya merangkumi penyeliaan proses tempahan kenderaan, perancangan serta pengoptimuman jadual pergerakan kenderaan, dan penyelarasan penugasan pemandu bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti rasmi universiti. Unit ini juga memastikan pematuhan terhadap dasar, peraturan, dan garis panduan yang ditetapkan, di samping memperkukuh pengurusan rekod serta memantau penggunaan kenderaan secara berterusan.

    Bahagian Teknikal

    Bahagian ini bertanggungjawab memastikan semua kenderaan universiti sentiasa berada dalam keadaan optimum, selamat, dan berfungsi sepenuhnya melalui pelaksanaan penyelenggaraan berjadual serta kerja-kerja pembaikan yang cekap. Skop tugasnya merangkumi pelaksanaan pemeriksaan teknikal, pengurusan kerja-kerja pembaikan sama ada secara dalaman mahupun melalui vendor yang dilantik, serta penguatkuasaan kawalan kualiti terhadap semua aktiviti penyelenggaraan. Unit ini juga memainkan peranan strategik dalam penyelenggaraan rekod teknikal dan perancangan kitaran hayat aset kenderaan bagi menjamin kecekapan operasi serta kelestarian jangka panjang.

    Selamat datang ke Laman Web Rasmi PPKU

    Kami mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web rasmi Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU). Laman ini disediakan sebagai platform utama bagi memudahkan warga universiti mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan dan perkhidmatan kenderaan universiti.

    PPKU komited untuk memastikan setiap perkhidmatan pengangkutan disediakan secara sistematik dan selamat bagi menyokong aktiviti operasi, akademik serta pelbagai urusan rasmi universiti. Berteraskan konsep mesra pelanggan, anda boleh mengakses pengumuman dan maklumat terkini berkaitan kenderaan universiti.

    Kami sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan dan kepuasan semua pengguna.

    Terima kasih atas kunjungan anda.

    MEMPERKASA UNIVERSITI, MENJULANG KECEMERLANGAN

    MOHD NIZAM BIN MAZLAN
    Pengarah
    Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti

    NOTIS PEMBERITAHUAN!

    Langkah Penjimatan Bahan Api Dalam Pengurusan Kenderaan Universiti

    Makluman kepada warga universiti mengenai 7 ketetapan baharu pengurusan kenderaan bagi mengoptimumkan perbelanjaan operasi selaras dengan arahan Kementerian Kewangan (MOF) akibat krisis tenaga global.

    Berkuat Kuasa: 1 Julai 2026

    Seluruh warga Universiti diminta merancang pergerakan dengan cekap bermula pada tarikh ini bagi memastikan keberkesanan langkah penjimatan.

    7 Ketetapan Pengurusan Operasi Kenderaan:

    1. Urusan Rasmi Berimpak Tinggi Sahaja

    Kenderaan hanya disediakan untuk urusan yang benar-benar perlu dan memberi impak signifikan kepada organisasi serta reputasi Universiti.

    2. Had Perjalanan Pelajar (Maksimum 200km)

    Destinasi program pelajar di luar Melaka dihadkan ke Zon Tengah & Selatan dengan jarak tidak melebihi 200km. Jarak melebihi had memerlukan kelulusan Naib Canselor.

    3. Penggunaan Kenderaan Jabatan untuk Pentadbiran

    Urusan seperti bengkel, lawatan tapak dan pengurusan tetamu jemputan, wajib menggunakan kenderaan jabatan yang telah diberikan.

    4. Galakan Mesyuarat Dalam Talian

    Warga universiti digalakkan hadir mesyuarat/seminar secara maya. Kehadiran bersemuka perlu menggunakan kenderaan jabatan atau kenderaan sendiri (tuntutan perjalanan mengikut peraturan).

    5. Pematuhan Jumlah Penumpang

    Tempahan mestilah memenuhi kapasiti penumpang yang dinyatakan; kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan PTj/PBU menanggung kos perjalanan dan tuntutan elaun lebih masa pemandu.

    6. Operasi Bas Shuttle Terhad

    Perkhidmatan bas ulang-alik hanya beroperasi sehingga jam **7:30 malam**. Aktiviti akademik selepas waktu tersebut perlu dirancang dan ditempah lebih awal.

    7. Amalan Berkongsi Kereta (Car Pool)

    Pelaksanaan konsep 'car pool' amat digalakkan bagi tempahan kenderaan untuk program/aktiviti ke destinasi yang sama.