UTeM Universiti Pertama Malaysia Jalin Kerjasama Teknikal Bersama TUKE Slovakia
UTeM dan TUKE bakal membangukan Makmal Kepintaran Buatan (AI) dan Sibernetik berteknologi terkini dunia.
Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, pembangunan Makmal AI dan Sibernetik ini merupakan perkonsgian teknologi dan kepakaran di bawah Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (AI) yang dimiliki bersama.
Lawatan Kerja KSU KPT ke UTeM
27 Julai 2026 | Melaka – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi meninjau pelaksanaan agenda pembangunan universiti serta memastikan dasar dan inisiatif KPT terus diperkasakan di peringkat institusi. Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin, yang memfokuskan kepada hala tuju strategik universiti, pencapaian semasa, perancangan pembangunan, kedudukan kewangan serta inisiatif penyelidikan dan inovasi.
UTeM Kekal Disenaraikan dalam QS World University Rankings 2027
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila berjaya mengekalkan kedudukan dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2027 pada kelompok #1201–1400 dunia. Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan UTeM dalam memperkasa pendidikan TVET, memacu kecemerlangan penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan keusahawanan, serta memperkukuh kualiti akademik dan institusi selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.
Kejayaan ini turut mencerminkan dedikasi seluruh warga UTeM dalam memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa, memperkasa pembangunan mahasiswa secara holistik serta meningkatkan reputasi universiti di peringkat global. UTeM akan terus komited melahirkan graduan berdaya saing, memperkukuh impak penyelidikan dan inovasi, serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui kecemerlangan pendidikan, teknologi dan kelestarian.
Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik Kini Beroperasi di PLH, UTeM
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kini menyediakan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik (EV Charging Station) berkapasiti 60kW di Perpustakaan Laman Hikmah (PLH), Kampus Induk UTeM.
Dengan pengecas pantas 60kW, pengguna dapat menikmati pengalaman pengecasan yang lebih cepat, mudah dan efisien. Bagi memudahkan penggunaan, pengguna hanya perlu mengimbas Kod QR yang disediakan untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai cara menggunakan stesen pengecas tersebut.
UTeM terus komited memperkasa pembangunan kampus lestari melalui penyediaan infrastruktur hijau yang menyokong mobiliti rendah karbon dan masa depan yang lebih mampan.
Memperkasa Universiti Menjulang Kecemerlangan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melancarkan Pelan Strategik UTeM (PSU) 2026-2030 berteraskan kepada tema Memperkasa Universiti Menjulang Kecemerlangan.
Pembangunan Pelan Strategik UTeM ini mengambil kira pelbagai dokumen dasar utama di peringkat nasional, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Kerajaan Negeri Melaka dan dokumen strategik dalaman universiti dan tentunya turut berkisarkan kepada Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM).
PSU 2026-2030 diformulasikan dengan 5 teras strategik utama yang terdiri daripada Teras Strategik 1 (ST1): Menjuarai TVET, Mengungguli Kerjaya, ST2: Memperkasa RDICE, Melestari Universiti, ST3: Memperkasa TUAH TEJA, Memperhebat Graduan, ST4: Memperkasa Ekosistem Rancak, Mensejahtera Jagat dan ST5: Memperkasa Penjenamaan, Mengungguli Kemakmuran.
Langkah Penjimatan Bahan Api Dalam Pengurusan Kenderaan Universiti
Makluman kepada warga universiti mengenai 7 ketetapan baharu pengurusan kenderaan bagi mengoptimumkan perbelanjaan operasi selaras dengan arahan Kementerian Kewangan (MOF) akibat krisis tenaga global.
- Urusan Rasmi Berimpak Tinggi Sahaja
- Had Perjalanan Pelajar (Maksimum 200km)
- Penggunaan Kenderaan Jabatan untuk Pentadbiran
- Galakan Mesyuarat Dalam Talian
- Pematuhan Jumlah Penumpang
- Operasi Bas Shuttle Terhad
- Amalan Berkongsi Kereta (Car Pool)
Pelan Strategik UTeM 2026 - 2030
Pelan Strategik UTeM 2026–2030 menjadi hala tuju utama universiti berasaskan lima Teras Strategik (5ST) untuk memperkukuh kecemerlangan UTeM sebagai peneraju pendidikan teknikal negara. Pelan ini merangkumi 22 strategi, 73 inisiatif utama dan 286 petunjuk prestasi yang memfokuskan kepada pengukuhan TVET, kecemerlangan graduan, penyelidikan dan inovasi, pengantarabangsaan, pemindahan ilmu serta tadbir urus, selaras dengan agenda Malaysia MADANI, dasar pendidikan tinggi negara dan aspirasi RPTM 2026–2035.
Pengumuman:
- Untuk makluman, penggunaan Logo Sambutan Jubli Perak (25 Tahun) UTeM telah berakhir pada 31 Mac 2026, Sehubungan itu penggunaanya pada kepala surat rasmi (letterhead) dan semua bahan promosi bercetak atau digital ditamatkan mulai 1 April 2026.
- Untuk tempahan 'Anjung Persidangan' sila hubungi Pusat Hubungan Strategik, Korporat & Global (UGlobe).
Pautan Pantas:
Anugerah


Tahniah dan Syabas
Penerima Anugerah Jasa Bakti 2025:
- Prof. Madya Ts. Dr. Musthafah bin Mohd Tahir
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025:
- Norashidah binti Tajuddin (CENSEi)
- Mohd Hisham bin Ibrahim (CENSEi)
- Mohd Shahrul Nizam bin Shukor (PPSKR)
- Siti Zarifah binti Sarif (PPSKR)
- Dr. Cheong Kar Mee (UGlobe)








