Skip to main content
Selamat Datang ke

KATA ALU-ALUAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selamat Datang ke Laman Web Pusat Hubungan Strategik Korporat dan Global (UGlobe).

UGlobe berfungsi menyelaras Hubungan dan Kolaborasi Strategik Antara Institusi, dan Jaringan Antarabangsa, bertindak sebagai sekretariat bagi kelulusan lawatan rasmi, bekerja ke luar negara, serta pengurusan hubungan korporat. UGlobe merupakan pintu gerbang kepada komunikasi strategik dan hubungan global universiti. Kami berperanan untuk memperluaskan serta merapatkan komunikasi dua hala antara universiti dengan para pemegang taruh – merangkumi universiti, industri, agensi, komuniti dan rakan antarabangsa.

Dalam usaha memperkukuh pengiktirafan dan relevansi antarabangsa, inisiatif pengantarabangsaan UTeM merangkumi kerjasama dalam penyelidikan dan inovasi, pengajaran dan pembelajaran dalam bidang yang menjadi kepentingan bersama. Kami sentiasa mencari peluang untuk menjalin sinergi yang berimpak tinggi bersama institusi luar negara yang dapat memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkukuhkan keupayaan penyelidikan, khidmat perundingan serta kecemerlangan akademik.

Piagam kami adalah untuk merancang dan menguruskan aktiviti berkaitan pengantarabangsaan bagi mengangkat pencapaian akademik UTeM ke peringkat global, selaras dengan lima teras strategik universiti (5ST) serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), terutamanya SDG#4 Pendidikan Berkualiti dan SDG#17 Perkongsian Untuk Matlamat.

Matlamat ini adalah untuk memposisikan UTeM sebagai universiti peneraju dalam pendidikan HIGH TVET, dengan pengkhususan dalam Teknologi Pembuatan Lanjutan dan Teknologi Komputer, serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang transformatif dan berpengalaman melalui kurikulum fleksibel berasaskan industri dan teknologi terkini. Dengan strategi menerusi platform media digital terkini, khususnya media sosial, UGlobe memastikan penyampaian maklumat secara berterusan dan positif mengenai kepakaran akademik dan penyelidikan universiti yang berimpak tinggi, khususnya dalam menonjolkan pemimpin TVET dan Pakar MTUN kepada komuniti tempatan dan antarabangsa.

"Menjajar Universiti, Melonjak Ke Hadapan"

HAZMAN BIN HASIB
Pengarah
Pusat Hubungan Strategik, Korporat & Global (UGlobe)


Services :

Muat turun borang & dokumen

Kerjasama Institusi & Rangkaian Antarabangsa

  • Penilaian Kriteria Kerjasama Antarabangsa
  • Borang Permohonan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian
  • Borang Permohonan Rasmi Ke Luar Negara (Lampiran A)
  • Contoh Borang Permohonan Ke Luar Negara Atas Urusan Rasmi
  • Format Laporan Lawatan Rasmi Ke Luar Negara
Muat turun borang & dokumen

Penjenamaat Korporat, Visibiliti & Projek Khas Komuniti

  • Manual Korporat
  • Peraturan Media Sosial UTeM
Muat turun boran & dokumen

Pengurusan Majlis, Protokol & Cenderamata UTeM

  • Borang Cenderamata UGlobe
  • Borang Permohonan Penggunaan Logo UTeM Untuk Cetakan Baju Korporat & T-Shirt Program
  • Set lengkap Logo 25 tahun UTeM
  • Logo Rasmi Tahun Melawat Melaka 2024-2026
Muat turun borang & dokumen

Perkhidmatan Reka Bentuk Grafik & Penerbitan Bahan Multimedia

  • Borang Perkhidmatan UGlobe

Hubungi

  • Corporate Communications and Chancellery Management Office

  • +606 270 1486