BAHAGIAN HUBUNGAN GLOBAL, VISIBILITI & PROJEK KHAS KOMUNITI



Unit Kerjasama Antara Institusi & Rangkaian Antarabangsa
- Mengenal pasti dan memilih institusi rakan strategik baharu.
- Memupuk kerjasama yang erat dengan institusi rakan strategik sedia ada.
- Memantau aktiviti dan kolaborasi hubungan strategik.
- Memperkukuh penglibatan UTeM dalam organisasi akademik antarabangsa.
- Membina hubungan dan jaringan strategik dengan kedutaan asing serta badan profesional antarabangsa.
- Mengekalkan hubungan yang erat dengan kedutaan asing di Malaysia.
- Menilai dokumen Surat Hasrat (LoI), Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) baharu berdasarkan kriteria kerjasama antarabangsa.
- Menyelaras dan memantau pengurusan pemeteraian Surat Hasrat (LoI), Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA).
- Melaporkan aktiviti yang dilaksanakan di bawah Surat Hasrat (LoI), Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA).
- Mengemas kini status hubungan kerjasama antarabangsa yang aktif bagi tujuan pelaporan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
- Menyelaras Jawatankuasa Hubungan Kerjasama Antarabangsa di peringkat universiti.
Unit Visibiliti Penjenamaan & Projek Khas Komuniti
- Mengurus, menyelaras dan memantau aduan pelanggan universiti melalui Sistem e-Aduan UTeM, BPA, KPT, Kerajaan Negeri Melaka, akaun e-mel UGlobe dan saluran berkaitan.
- Mengurus penjenamaan universiti termasuk papan iklan dan papan tanda arah.
- Mengurus penerbitan media cetak dan media digital.
- Mengendalikan semua jemputan media ke program dan majlis rasmi UTeM.
- Mengurus dan menyelaras publisiti UTeM melalui liputan berita, artikel, rencana, editorial, artikel khas di televisyen, akhbar serta kenyataan media.
- Merancang dan mengurus program berkaitan media bagi meningkatkan keterlihatan (visibility) dan nilai pemberitaan (newsworthiness) UTeM dalam bidang akademik, penyelidikan dan inovasi, jaringan industri dan komuniti, hal ehwal pelajar, pengantarabangsaan, pengkomersialan serta pembangunan bakat.
- Mengendalikan penulisan kenyataan media, artikel dan bahan komunikasi korporat yang berkaitan.
- Menyediakan dan mengurus kit media bagi semua sesi temu bual serta rakaman siaran televisyen dan radio yang melibatkan pengurusan universiti.
- Mengurus dan menyelaras program yang memperkukuh hubungan strategik dengan organisasi media.
- Mempromosikan program universiti melalui media cetak dan media digital.
- Membantu menyediakan keratan akhbar serta memuat naik bahan ke Portal Galeri dan UTeM Info.
- Mengurus penyediaan Laporan Tahunan Universiti.
- Mengurus penyediaan Nota dan Memorandum Jemaah Menteri.
- Menyelaras dan mengurus pelaksanaan semua projek khas UTeM yang melibatkan staf, pelajar dan komuniti.
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT





Unit Protokol & Pengurusan Majlis
- Mengurus, menyelaras dan memantau semua urusan protokol serta jemputan tetamu kehormat (VIP) bagi program dan majlis rasmi universiti.
- Mengendalikan semua lawatan rasmi daripada sekolah, institusi, agensi dan organisasi dari dalam serta luar negara, termasuk lawatan tetamu kenamaan (VVIP).
- Bertindak sebagai pegawai perhubungan dengan agensi Kerajaan Negeri Melaka, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Canselor serta Pejabat Ketua Menteri Melaka.
- Mengurus, mengemas kini dan memantau paparan potret rasmi di setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) di UTeM.
- Memantau penjenamaan dan imej korporat UTeM pada semua bahan promosi serta bahan hebahan universiti.
- Mengurus perolehan pakaian korporat, batik dan lounge suit bagi Ahli Lembaga Pengarah Universiti serta Pegawai Kanan Universiti.
- Mengurus perolehan pakaian korporat dan batik untuk warga universiti.
- Merancang dan mengurus Galeri Korporat UTeM di Lobi Canseleri.
- Mengurus perolehan cenderamata korporat dan bahan promosi UTeM.
- Mengurus pengagihan cenderamata korporat dan bahan promosi universiti.
- Mengurus dan memantau status inventori cenderamata korporat.
- Mengendalikan permohonan perkhidmatan fotografi dan videografi.
- Menyelaras jadual tugasan fotografi dan videografi.
Unit Grafik & Senireka
- Menyelaras penyediaan reka letak (layout) dan reka bentuk bagi bahan promosi; bahan bercetak; bahan elektronik; media baharu; dan paparan LED bagi program, majlis dan acara universiti.
- Mengurus media baharu universiti.
- Menyelaras pengemaskinian maklumat serta meningkatkan keterlihatan (visibility) UTeM melalui platform Media Baharu (Universiti dan Naib Canselor), Portal UTeM serta paparan LED.
- Mempromosikan program universiti melalui media baharu.
- Mengurus platform media baharu UTeM.
- Menyelaras pengemaskinian kandungan serta memperkukuh keterlihatan UTeM melalui platform Media Baharu UTeM, platform Media Baharu Naib Canselor, Portal UTeM dan paparan LED.
- Mempromosikan program dan aktiviti universiti melalui media baharu.
- Mengurus penyediaan Diari UTeM.
Unit Multimedia
- Mengurus permohonan penerbitan video.
- Mengurus permohonan rakaman video.
- Menyelaras jadual rakaman video dan audio.
- Memberikan khidmat nasihat berkaitan projek rakaman dan penerbitan video.
- Mengurus kandungan laman sesawang Pejabat Penolong Naib Canselor (Strategik, Kelestarian & Global) serta Laman Sesawang Universiti.
- Mengurus rakaman video Single Camera Production (SCP).
- Mengurus rakaman video Multiple Camera Production (MCP).
- Mengurus rakaman audio meliputi:
a. Rakaman suara latar (voice-over); dan
b. Alih suara (dubbing). - Mengurus rakaman dron (pandangan udara).
- Melaksanakan penyuntingan awal (offline editing) video berdasarkan keperluan projek.
- Menyediakan kelengkapan dan peralatan lengkap bagi sesi rakaman SCP dan MCP.
- Menerbitkan pelbagai jenis video, antaranya:
a. Video montaj;
b. Video maklumat dan infografik; dan
c. Video promosi. - Membangunkan grafik bergerak (motion graphics) untuk bahan multimedia.
- Membangunkan komposisi video bagi menghasilkan kesan visual khas (visual effects).
- Menyediakan bahan tayangan multimedia.
